Akhir-akhir ini, keinginan menganalisa penduduk Bangi tentang isu palestin semakin berkobar. Walaupun sudah banyak program untuk menyedarkan penduduk tentang palestin, tetapi masih ada yang memandang remeh tentang isu ini. Ada yang menganggap perkara ini sekecil zarrah. 'Kenapa perkara ini baru dihebohkan sekarang?? Waktu ramai umat islam sudah terpaut hati dengan barangan Israel..' itulah alasan yang saya terima. Wahai manusia, sudah jelas lagi nyata Israel ini bukanlah kaum yang kurang celik akalnya. Mereka telah menyerang kita dengan Ghazwul Fikr .
Jadi persoalannya sekarang, adakah kita sedar tentang perkara ini? Untuk pengetahuan anda, yang dikatakan rokok itu adalah ciptaan Israel. Walhal mereka tidak menghisap rokok pun. Itulah kelebihannya, mereka bijak mengambil kesempatan di atas kekaburan mata yang menilai. Walaupun US adalah salah satu negara yang mempunyai kuasa VITO, US perlu tunduk kepada Israel demi kepentingan ekonomi dan juga kerana mereka menghadapi musuh yang sama iaitu ISLAM.
Yang membuat saya kagum adalah, meskipun bukan beragama Islam, mereka turut memberi sokongan, membantah tindakan Israel yang kejam. Jadi kita sebagai umat Islam seharusnya memberi sokongan padu kepada saudara kita sendiri. Sebagai seorang muslim, kita seharusnya mencegah perkara ini sejurus kita mengetahuinya.
Saturday, May 2
Isu Palestin mendapat sambutan??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 commentsss:
Post a Comment