Tags Maker is a Text Image Generator to write Messages, Comments or Tags on Pictures
Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Tuesday, July 21

Bunga Cinta Ilahi


Sekuntum bunga cinta
adalah kurnian Ilahi
menjadi fitrah setiap insani
harim segar kasturi.

Cinta itu indah
membelah sungai impian
tak terucap jernih bicara
terlekat di jalan perkasihan.

Lantas kusimpul ikatan
ke dasar sanubari
jadi semanis kenangan
menuju ke puncak abadi.

Aku tidak lupa
menilai erti cinta
sesama manusia
namun cintaku yang utama
adalah buat Tuhan Yang Esa.


penulis: Salbiah Salleh

Sunday, April 26

Bonda


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, April 24

wasiat buat sahabat...

Jika matamu berat memandangku,
ringankanlah kakimu pergi dariku,
Jika bibirmu terpaksa senyum padaku,
relakanlah mukamu berpaling dariku,
Jika susah untuk kau malapkan kesilapanku,
senangkanlah lidahmu untuk menghinaku,
Tapi seandainya suatu hari nanti,
telingamu mendengar berita kematianku,
Ikhlaskanlah tanganmu mengusung jasadku dan bisikkan padaku yang kau telah memaafkan aku,
Moga kalimah terakhirmu itu menjadi pelita kubur gelapku, menjadi bantal di lena panjangku.... sahabat.....

Friday, April 10

Pelangi Hari

Zaman kanak-kanak menjadi secangkir memori,
Kerap berceloteh menceritakan itu dan ini,
Teman sepermainan mengukir tugu keseronokan,
Hari semalam kian berlabuh pergi,
Meninggalkan aku termanggu di persisiran pantai ingatan,
Fajar esok mula melambai,
Mengajak aku kesana, memijak alam fantasi,
Bermimpi menjadi individu yang aku impikan,
Namun usaha menjadi suatu kelalaian,
Hanya angan yang dapat ku kecapi,
Mimpi hanya sebuah ilusi..

Bicara hati membisik di jiwa,
Mengejutkan aku ke dunia realiti,
Semburan keinsafan terpercik di pintu hati,
Mengenali tuhan yang kewujudannya sudah pasti...


Gerimis Persahabatan

Teman,
Pertemuan semalam tidak ku jangka,
Menjadi pintu memori indah,
Awan silam dihiasi sinar mentari,
Dilakar lagi dengan tawa sendu kita..

Teman,
Jangan kau kecewa dengan takdir yang menyebelahi kita,
Meskipun hatiku turut berduka dengan perpisahan kita,
Kudrat tidak mampu mengatasi segalanya,
Redhalah..........

Teman,
Dengarkanlah melodi hiba hatiku,
Kini aku bersendirian menyusuri kehidupan tanpa dikau disisi,
Langit hati berubah warna,
Gerimis senja mula membasahi jiwa.....




Tin Kayu Sahabat..

sahabat,
saatku bersedih,
kau menemaniku di pantai ilusi,
kau tanamkan harapan di semak jiwaku,
kau sirami hatiku dengan semangat,
kau pegang erat tanganku demi mengalirkan kehangatan persahabatan...

kau sanggup bersengkang mata atas kalimah persahabatan kita,
kau tabah melayani kerenahku yang pelbagai,
kau tetap setia berada disisiku andai badai ujian datang melanda,
bulan dan bintang menjadi saksi ketulusan persahabatan,
tembok kehormatan memagari emosi....

sahabat,
kau telah mewarnai pelangi hidupku,
menghiasi kabus mentariku,
melakar lukisan abstrak di gerbang hariku.....



Saturday, March 28

Beritahu kepada Insan yang digelar Muslimah

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

Nostalgia Semalam(buat sahabat handai)

Sahabat,
Andai kau tahu betapa ku merindui canda bicaramu,
Gelagatmu begitu menghiburkan,
Senyumanmu begitu menenteramkan,

Nostalgia semalam kembali berkocak di kolam ingatanku,
Pertemuan dahulu ternyata menyimpan seribu makna,
Kenangan kita bersama menghiasi potret semalam,
Suka duka persahabatan mewarnai lukisan hidup,

Kudus hembus sukma menyapa jiwa,
Berjurai kuntuman kejora menembus nostalgia,
Halus warna semalam berubah jingga,
Mulus mengusap-usap mencumbui sejuta figura,
Kabus terang, Suram berbalam-balam,
Sejurus ku tungkap sebujur wajah yang ku rindui,

Terima kasih sahabat kerana sudi mengukir sebuah arca di jiwa ini..

Saturday, March 21

F.R.I.E.N.Z.S.H.I.P

The most selfish one letter 'I'-avoid it

Most satisfactory two letters 'WE'-use it

Most poisonous three letters 'EGO'-kill it

Most used four letters 'LOVE'-value it

Most pleasing five letters 'SMILE'-keep it

Fastest spreading six letters 'RUMOUR'-ignore it

Hardworking seven letters 'SUCCESS'-achieve it

Most enviable eight letters 'JEALOUSLY'-distance it

Most powerful nine letters 'KNOWLEDGE'-acquire it

Most divine ten letters 'FRIENDSHIP'-maintain it....Wink

Tuesday, March 3

Penyesalan tiada gunanya kalau sudah terlambat

Biarlah mereka pergi mencari kebahagiaan,

Biarkan aku disini meredakan keresahan,

Entah mengapa hatiku dilanda kekecewaan,

Walhal mereka pergi hanya untuk sementara,

Hatiku gundah menanti kepulangan mereka,

Kepulangan yang dinantikan terasa begitu lama,

Waktu yang menyapa sungguh lambat untuk berlalu,

Seperti sengaja memainkan perasaanku yang tidak menentu,

Masa seolah gembira melihat kesedihan yang terpancar diriak wajahku,

Ia bersorak kerana kemenangan berpihak padanya,

Aku lupa seketika tentang pelajaran yang ku telaah,

Butir bicara adik-adikku seperti terngiang-ngiang di gendang telingaku,

Jeritannya, Tawanya, Tangisnya,

Semuanya seperti sengaja menerpa kearahku,

Aku tersenyum sendiri melihat tingkah adikku yang begitu manja,

Senyumanku mati setelah bayangannya hilang di mata,

Sungguh aku membenci saat aku memaki adikku,

Aku kadang-kadang tidak sengaja mengeluarkan kata-kata kesat,

Aku kesal dengan apa yang berlaku,

Aku berharap agar aku dapat meminta maaf ssebelum terlambat,

Tubuhku tertunggu di muka pintu,

Mengharap mereka kembali dengan selamat,

Tapi harapanku musnah setelah mendapat panggilan daripada rumah sakit,

Mereka sudah pun kembali ke rahmatullah beberapa minit yang lalu,

Aku terpana mendengarnya,

Tidak silap jangkaanku,

Padanlah aku merasakan serba tidak kena,

Rupanya ahli keluargaku telah pergi dijemput Ilahi dahulu………

Harapan hanya tinggal harapan,

Aku menyesal dengan perbuatanku…..

(Rintihan seorang hamba yang kehilangan keluarganya)

Syawal Menerpa Kembali

Aku lihat yang lain gembira tatkala Syawal datang menjelma,

Tapi bagiku Syawal tiada maknanya,

Hanya mengingatkan kenangan bersama keluarga,

Takbir raya pula mula bergema,

Kanak-kanak lain cerewat menyambut raya,

Aku hanya menyambutnya dengan air mata,

Hatiku pilu,

Air mata sudah mula membasahi pipiku,

Aku hidup tanpa bapa dan ibu,

Akulah yatim piatu,

Syawal datang bertemankan takbir,

Saat aku gembira disini,

Aku cuba menyambutnya dengan tawa kemeriahan,

Namun air mataku merebes lagi,

Aku doakan mereka bahagia disana,

Doakan aku berjaya menepuhi hidup ini,

Semoga aku dibekalkan wajah yang sentiasa ceria,

Supaya tiada siapa yang mengesan aku telah menghadapi ranjau yang berduri.

(Sajak seorang anak yatim piatu)

P/S:selagi kita masih mempunyai ibu bapa, hargailah mereka

Erti Sebuah Persahabatan


Hari demi hari telah ku lalui...
Kegembiraan hati terpancar di sanubari...
Tapi memori silam masih menghantui diri...
Perlukah aku lupa siapa diriku sebenar??
Yang dahulunya tidak mampu menilai kasih sayang..
Kini.. Barulah aku tahu betapa indahnya sebuah persahabatan yang dahulunya aku dambakan...
Tetapi sebenarnya persahabatanlah yang memberi kita semangat untuk kita terus hidup....
Duhai sahabat, dikau telah mengajarku seribu erti yang amat mendalam tentang persahabatan..
Terima kasih...
Kini.... Aku akan cuba untuk menghargai dan mempertahankan seribu insan yang bernama 'TEMAN'

Saturday, February 14

Wanita

Lembut wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah....



Hidup sebuah perjuangan!

Hidup yang sering kita abaikan kehidupan kita dengan DIA,
Hidup yang kita tidak pernah lupakan kehidupan yang berkaitan dengan hal dunia,
Tidak pernahkah terdetik di jiwamu tentang amalan yang kau lakukan selama ini,
Bisa dihitung dengan jari, manakala seorang mukmin rasa resah gelisah walaupun amalannya sudah banyak,
Basahnya bibirmu menghitung duit, manakala seorang mukmin basah bibirnya menyebut nama yang Maha Esa,
Penatnya dirimu mengejar rezeki, manakala seorang mukmin mengejar pahala yang dikurniakan oleh Yang Maha Pemurah,
Tetapi berapa kerap kau kerjakan amalanmu???
Benar hidup sebuah perjuangan...
Tetapi apa yang kau mengerti dengan sebuah perjuangan??
Perjuanganmu mengejar harta setinggi gunung??
Tetapi tidak bagi seorang mukmin sejati...





Friday, January 16

penderitaan rakyat palestin....



sudah 3 minggu rakyat palestin hidup dalam kegusaran,
siang malam diselimuti perasaan takut,
sedangkan negara islam yang lain dapat tidur dengan nyenyak,
tangisan dan jeritan sudah lali digegendang teliga mereka,
serangan demi serangan oleh Israel,
hanya kerana keangkuhan menguasai diri,
hilang ihsan dan perikemanusian,
nyawa manusia menjadi taruhan,
bumi gaza menjadi saksi kekejaman rejim zionis,
ayuh umat Islam!
bangkit dari kelalaian duniawi,
bangun dan perjuangkan hak Islam,
jangan biarkan nafsu menguasai diri,
kembalikan zaman kegemilangan Islam,
buktikan pada mereka bahawa Islam boleh!




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, October 30

Pulau Sepi


Entah mengapa aku merasakan kesunyian mengisi disetiap penjuru hatiku,
Jasadku kini terdampar di Pulau Sepi yang tidak berpenghuni,
Aku sendirian melalui kehidupan yang sering diuji dengan kebencian,
Air mataku bergenang kembali tatkala mengenangkan kedukaan lalu,
Aku pilu mengingati betapa lemahnya diriku,
Berendam dengan air mata tatkala maruah ditaburi dengan fitnah,
Kecewa dengan sikap manusia yang tiada belas kasihan,
Apa salahku sehingga diperlakukan seperti binatang yang tidak punya perasaan,
Setiap kali amarahku terbit,aku menangis,
Hatiku memberontak ingin melemparkan kemarahan yang memuncak,
Aku tidak bisa,aku hanyalah insan yang tidak berdaya,
Namun kini aku disebuah pulau ilusi yang ku cipta sendiri,
Mataku meliar ke seluruh pelusuk pulau mencari wajah yang ku kasihi,
Tapi aku tetap dihimpit dengan kesepian yang tidak bertepi,
Jiwaku meronta inginkan sebuah kepastian,
Agar kehidupan tidak lagi dilindungi dengan bayang keraguan.

Listen to Quran

Related Posts with Thumbnails