Tags Maker is a Text Image Generator to write Messages, Comments or Tags on Pictures

Thursday, June 4

Lembaran baru.,.,

Salam ta'aruf wahai hari,


Hari ini, roh ana diisi dengan limpahan keinsafan. Niat ana ditajdid dengan hati yang ikhlas. Harapan untuk terus hidup dengan Islam yang sebenar membakar jiwa.

Teman ana pernah berkata, ana ini seolah-olah insan yang baru Islam. kerana ana sering bertanya tentang perihal Islam.

Benarlah katanya, ana memang baru masuk Islam. Islam yang dimaksudkan ialah Islam yang sebenar. Yang Asli. Bukan Islam olok-olok. Biarpun semenjak ana dilahirkan, agama ana ialah Islam tapi nur Islam kinilah yang ana impikan.

Entah, kadang-kadang kepelikan itu datang dengan sendiri. Mengapa insan yang telah lama hidup dalam suasana Islam masih tidak menyedari hakikat keindahan Islam. Renungkan sejenak.



Hari ini, ana ingin BERUBAH. Ana ingin membuka lembaran baharu..

Jadi, ana meminta rakan-rakan disekililing ana, bantulah ana untuk memperbaharui diri ini. Perbetulkan kesalahan ana. Ana mampu menerimanya, walaupun sekadar kritikan.

Mathama Gandhi pernah kata,"If you want the world to change, you have to change first".. Dato' Fadzilah Kamsah pernah berkata, "'orang yang tewas ialah orang yang tidak pernah berubah ke arah yang lebih baik".

Bukankah hidup ini umpama bahtera. Tujuan kita adalah untuk sampai ke Pulau Akhirat. Tapi sebelum sampai kesana, kita akan ditimpa dengan pelbagai ujian yang menguji keimanan kita. Misalnya, ombak ganas datang melanda. Selepas itu, tidakkah kita mahu mengubahsuai bahtera untuk sampai ke destinasi impian.

Ingatlah, Allah tidak akan mengubah kita jika kita tidak mahu mengubah diri kita.

0 commentsss:

Listen to Quran

Related Posts with Thumbnails