Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang ana memulakan bicara..
Satu perkongsian cerita yang sangat menarik ingin ana sampaikan.
Sebuah cerita yang telah disampaikan oleh insan yang bergelar 'Murabbi'..Sumber cerita ini ialah hadis..
Pada waktu ini hanya ada 2 alam sahaja. Iaitu neraka dan syurga. Ketika itu manusia telah dibangkitkan. Terdapat seorang hamba Allah ini. Dosa dan pahalanya sama-> dalam erti kata lain 50 50.. Dan dia merupakan makhluk terakhir yang ditakdirkan keluar dari neraka dan masuk ke syurga. Maka tibalah waktunya untuk diseksa bagi menghapuskan dosa-dosanya.
Sewaktu dia berada di dalam neraka, dia memohon kepada Allah, "Ya Allah aku ingin membuat satu permintaan terakhir." Lalu Allah menjawab,"Apakah permintaan itu?". "Kau kecualikan aku daripada seksaan tetapi kekalkan aku di dalam neraka". Maka Allah yang bersifat Maha Pemurah, mengabulkan doanya.
Selepas tempoh yang panjang, dia terasa angin syurga.. Lalu dia memohon kepada Allah buat kali yang kedua. "Ya Allah, kau keluarkanlah aku dari neraka supaya aku dapat merasakan angin syurga". "Bukankah aku telah mengkabulkan permintaan kau yang terakhir?". Lalu hamba itu menjawab, "bukankah engkau tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Pengampun?". Maka Allah mengkabulkan permintaannya. Namun begitu, matanya tetap melihat seksaan yang dahsyat, dan telinganya masih mendengar jeritan ahli neraka. (Dia berada di antara syurga dan neraka)
Selepas tempoh yang panjang, dia terdengar suara riang ahli syurga. Keinginan untuk melihat nikmat itu semakin menular di dada. Lalu dia memohon kepada Allah buat kali yang ketiga. "Ya Allah, aku ingin membuat permintaan terakhir". "Bukankah aku telah mengkabulkan permintaan terakhirmu?". "Bukankah engkau tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih?". Maka Allah pun mengkabulkan permintaannya. Matanya dapat melihat keriangan ahli syurga. Tubuhnya merasakan angin syurga. Namun telinganya masih mendengar jeritan ahli neraka.
Selepas tempoh yang panjang, terdetik hatinya untuk berada lebih dekat dengan syurga. Lalu dia memohon kepada Allah buat kali yang keempat. "Ya Allah, aku ingin membuat permintaan yang terakhir". "Bukankah aku telah mengkabulkan permintaan terakhirmu sebelum ini?". "Ini ialah permintaan yang terakhir dan aku tidak akan meminta lagi buat selama-lamanya"."Dekatkan jarak ku dengan syurga". Lalu Allah menjawab,"Itulah manusia".. -manusia tidak pernah berasa puas.
Akhirnya, Allah memasukkan dia ke dalam syurga Allah. Lalu tertutuplah pintu syurga dan neraka kerana dia merupakan makhluk yang terakhir.

Sadaqallahul'azim
1 commentsss:
salam alaiki..ehem2..mcm prnah dgr la kish nie..tpi di mne erk??
Post a Comment