~Muqadimah~
Firman Allah yang berbunyi;“Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan.” (al-Kahfi :109)
سبحن الله hebatkan Allah?? tu baru kalimah-kalimah.. cuba kalau ilmunya pula.... سبحن الله
tak boleh nak bayangkan.. betapa luasnye ilmu Allah..
baiklah.... kitakan berilmu(insya Allah).. why don't, kita share ilmu kita.. biar yang masuk syurga tu bukan kita sahaja.. tapi kita semua...(insya Allah) bukan ape,
ana teringat satu kisah, di mana ade seorg pljr(sekolah agme) pindh ke sekolah biasa....
A: JOM SOLAT NAK?
B: BUAT APE?
A: YELA.. TAKKAN NAK MASUK SYURGA SORG2 JE..
B: ABIH TU, MASUK KUBUR SAMA KE??
B: BUAT APE?
A: YELA.. TAKKAN NAK MASUK SYURGA SORG2 JE..
B: ABIH TU, MASUK KUBUR SAMA KE??
perbualan ~ terhenti di situ...
sungguh.. inilah realitinya...dunia ini terlalu dimamah kemodenan sehingga manusia menjadi jahil tentang ISLAM... ana teringat satu hadis yang berbunyi;
mungkin ada yang terpikir, umat islam kurang sekarang.... salah!!! dah jelas dan nyata, umat islam ternyata lebih ramai... Rasulullah telah bersabda;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَال َ: قَالَ رَسُولُ اللّهِ قال : بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيبا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيباً فَطُوبىَ لِلْغُرَبَاءِ
Dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah bersabda, “Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”
"Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat
bertanya adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu
banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh
terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu 'al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya
Rasulullah. Jawab baginda 'cintakan dunia dan bencikan akhirat."
fitrah manusia, sukakan pade kesenangan.. namun itulah yang menjadi ujian...
Baiklah.. kesimpulannya, yang berilmu perlu berkongsi dengan orang lain.. Ingat, lebih bermanfaat; jika seseorang yang mempunyai ilmu yang sedikit tetapi sering mengingatkan orang lain, Namun seseorang yang banyak ilmunya, tidak orang disekelilingnya, tidak mendapat sebarang manfaat, sia-sialah ilmu yang diperolehinya...
0 commentsss:
Post a Comment